taa'ruf




Ta'aruf



  • Mohd Zambri Bin Zakaria dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1952 dan dibesarkan di negeri Terengganu.
  • Kedua ibu bapa beliau berasal dari Kuala Pilah, N. Sembilan.
  • Berketurunan darah Minangkabau.
  • Semasa penjajahan tentera Jepun di tanah Melayu, ayahanda beliau berhijrah ke Negeri Terengganu kerana mengikut gurunya iaitu Pengetua Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak yang menjadi Mufti Negeri Terengganu.
  • Selepas era perang, kesulitan perjalanan dan gagal menghubungi guru menyebabkan ayahanda beliau terus kekal menetap di negeri Terengganu.
  • Beliau mendapat pendidikan agama secara terus daripada ayahanda beliau yang juga merupakan seorang al-Hafiz dan pelajar terbaik selama 4 tahun berturut-turut di Sekolah Agama Gunung Semanggol.
  • Peristiwa 1969 menimbulkan minat mendalam beliau dalam bidang persilatan. Beliau banyak menghabiskan usia remaja dengan mendampingi para guru dan ulama. Disekitar tahun 1973, beliau mempelajari silat Kalimah yang diasaskan oleh Pak Guru Yahya Said dari Batu Kurau, Perak.
  • Tanpa mengenal rasa penat atau letih dan beban kewanganbeliau yang ketika itu berkhidmat di Bank Bumiputra Malaysia Berhad Kuantan Pahang telah berulang-alik silih berganti saban minggu ke Kuala Lumpur dan Batu Kurau Perak demi matlamat hendakkan ilmu.
  • Di sekitar tahun 1976, beliau di tauliah kan mandat perguruan oleh guru kanan Silat Kalimah Cikgu Azmi Long dab tauliah ini di iktiraf oleh Pak Guru Yahya Said pada tahun 1978.
  • Minat yang mendalam untuk menyebarkan Silat Kalimah telah menjadikan beliau sebagai pengasas Silat Kalimah Pantai TImur.
  • Beliau telah membawa Silat Kalimah ke Pahang pada tahun 1975, dan Terengganu pada tahun 1976. 
  • Melalui beliau dan anak didik beliau. Silat Kalimah seterusnya berkembang ke Kelantan dan Johor dan telah dibawa bertapak ke Timur Tengah iaitu Turki ( 1985)Yaman (1999) dan Syria (2003) 
  • Perguruan Silat Kalimah amnya dan Pak Guru Yahya Said khasnya telah membuka minda beliau kepada rahsia tersirat dari ibadat SOLAT kerana silat Kalimah itu sendiri diilhamkan dari pergerakkan fizikal ibadat solat.
  • Peluang beliau mencungkil ilmu dari tokoh-tokoh agama lebih terbuka apabila beliau memegang jawatan Presiden PERKIS Putra ( persatuan pekerja islam BBMB ) disekitar tahun 1980 hingga 1985. 
  • Pencarian berterusan dipertingkatkan ketika beliau terlibat sebagai urus setia program Forum Perdana Ehwal Islam sekitar tahun 1996 hingga 1998.
  • Alhamdulillah, pada awal tahun 2000  dengan taufik dah hidayah Allah SWT beliau telah berjaya merekacipta dan menghasilkan Jam Amalan yang berputaran mengijkut pusingan tawaf.
  • Jam Amalan Pusingan Tawaf ini pernah diambil oleh Tabung Haji sebagai hadiah korporat mereka.
  • Jam Amalan Pusingan Tawaf ini pernah diberikan kepada Tun Mahadir Mohamad semasa beliau yang ketika itu Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat di Masjid Losong, Haji Mat Shafie, Terengganu.
  • Perdana Menteri seterusnya iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah di hadiahkan jam ini oleh kepimpinan negeri Terengganu sempena lawatn pertama beliau ke negeri Terengganu sebagai perdana menteri pada  November 2004.