Pengenalan.
Sebagai seorg hamba Allah swt yg bernama insan tentu pasti sifat mutlaq milik insaniah bertaraf hamba yg tentunya berkedudukan hina bersifat lemah sntiasa berhajat kpd Rahmat Allah swt. Itulah laluan yang telah termaktub sejak awal Khalik Yang Mahakuasa mencipta alam semesta ini beserta isi perhiasannya berupa yg ghaib dan yg nyata dilengkapi dengan penghuni sementara terdiri dari penciptaan bertaraf hamba dan makhluk Nya.Allah Mahaperkasa. Allah Maha segala-gala Nya. Umat diajar dengan Ayat yang di Ucap Nya dan Ayat yang di Cipta Nya. Itulah Ayat-Ayat Allah yg terhidang untuk kesejahteraan selamanya bagi yg yakin akan kembali ia kepada Allah swt sebagai bermulanya ia dijadikan dari tiada.
Lantaran Maha Mengetahui bahawa makhluk bernama insan itu adalah hamba yg lemah lagi hina dan berhajat, ukuran dan timbangan TAQWA menjadi jambatan melintas dan tangga mendaki untuk sampai kedarjah mulia dan terpuji, buat mengangkat darjat kemanusiaan.
Demi memperkenalkan apakah itu TAQWA, diutus Nya para nabi dan rasul sebermula dari manusia pertama dijadikan iaitu Nabi Adam a.s sehingga kepada pelengkap utusan pembawa risalah iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Insan mulia junjungan pilihan Nabi Akhir Zaman ini dinanti-nanti kedatangan oleh golongan ahli kitab am nya dan kabilah Quraisy di bumi Mekah khasnya. Banyak berlaku peristiwa yg telah didahulukan Allah swt menyebabkan bumi Mekah dan puak Bani Hashim jadi tumpuan. Diantara peristiwa hebat catatan sejarah ialah penemuan semula telaga zam-zam. Sejarah kegemilangan dizaman Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s diingat kembali dan menjadi bualan. Penemuan semula telaga zam-zam memberi rahmat kepada bumi Mekah yg kering kontang. Dituruti kemudiannya oleh peristiwa undian yg dibuat untuk menyelamatkan seorang pemuda bernama Abdullah yg berakhir dengan 100 ekor unta sebagai tukaran untuk menebus nyawanya. Bumi Mekah dan kaum Quraisy terutamanya puak Bani Hashim menjadi tumpuan dan semakin dikenali. itulah Kudrat dan Iradat Allah. Itulah bukti nyata bagi yg menilai dgn Iman bahawa caturan Allah swt Mahabijaksana. Kehebatan Mekah yg disempurnakan oleh kewujudan bangunan Kaabah telah membuahkan satu lagi peristiwa besar. Raja Abrahah dengan tentera dan Gajah datang dgn semata-mata bertujuan untuk melenyapkan binaan Kaabah dari permukaan bumi Mekah. Pemimpin kaum Quraisy iaitu Abdul Mutalib menghadapi kegawatan ini dgn tenang penuh yakin dan berkata" Kaabah itu ada tuannya, dia akan menjaga dan melindungi rumahnya". Keyakinan pemimpin Quraisy ini ternyata benar. Kaabah telah selamat dari dibinasakan sebaliknya bala tentera dan gajah-gajah Raja Abrahah telah hancur luluh kena batu lontaran dari burung-burung yg datang sebagai tentera penyelamat dari Allah swt. Dengan peristiwa ini, bumi suci Mekah dan binaan mulia Kaabah bertambah terkenal dan menjadi sebutan. Ditengah-tengah kegairahan memperkatakan rentetan peristiwa silih berganti itu, seorang bayi laki-laki dilahirkan oleh Aminah binti Wahab yang bersuamikan Abdullah yang ditebus nyawanya dengan tukaran 100 ekor unta. Abdullah ialah anak kepada pemimpin Quraisy yang berjaya menemui semula telaga zamzam .
Lagi sekali 'aku' mengajak semua berfikir dengan Iman. Akan terserlah kebenaran peristiwa bahawa kelahiran bayi mulia ini amat dinanti-nantikan oleh seluruh penduduk bumi suci Mekah. Tanda keseronokan yang tidak terhingga, datuk bayi mulia ini iaitu Abdul Mutalib telah membawa cucunya yg baru lahir mengelilingi Kaabah. Kemuncak kesyukuran dan kegembiraan ini, beliau menamakan cucunya ini dgn nama MUHAMMAD . Inilah pertama kali nama ini digunakan oleh umat manusia.
Insan pilihan Allah swt ini membesar dengan liku-liku hidup yg amat memilukan. Seluruh laluan hidupnya diselubungi sedih, pilu serta kesempitan yang selayaknya bagi seorang anak yatim piatu. Namun, insan pilihan Allah swt kaya dgn sifat mulia dan akhlak baik yg tiada tolok bandingnya. Perjalanan hidup yg dilaluinya inilah telah melayakkan insan mulia ini digelar AL-AMIN pada usia belia yg masih muda remaja. Sejarah peradaban umat manusia membuktikan insan mulia bernama Muhammad ini sahajalah satu-satunya insan yg diberikan gelaran al-Amin. Begitulah indahnya jadual caturan hakiki milik Allah swt untuk dilalui olih insan mulia bernama Muhammad yg akan dinobatkan sebagai Nabi Akhir Zaman.
Ketika berusia 40 tahun, disuatu malam dalam bulan Ramadan, insan mulia ini menerima tetamu khas utusan Allah iaitu malaikat Jibril a.s. membawa wahyu pertama iaitu 'BACA'. Dengan peristiwa ini bermulalah episod yang dinanti-nantikan sejak dari awal diturunkan manusia pertama kedunia ini iaitu kebangkitan Nabi Muhammad saw sebagai pelengkap risalah kenabian dan kerasulan. Episod yg bermula dengan lima ayat iaitu....BACALAH DENGAN (MENYEBUT) NAMA TUHAN MU YANG MENCIPTAKAN.DIA TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA INI DARI SEGUMPAL DARAH. YANG MENGAJAR (MANUSIA) DENGAN PENA. YANG MENGAJAR MANUSIA APA YANG TIDAK DIKETAHUINYA .
Bermulalah satu 'tugas' yg dipertanggungjawabkan kpd baginda Nabi Muhammad saw sebagai Rasulullah untuk membina siasah peradapan insan. Baginda dibangkitkan sebagai pembawa rahmat untuk seluruh alam. Baginda melaksanakan tugas kerasulan demi ingin menyelamatkan seluruh umat manusia semasa hidup didunia ini dan untuk kehidupan yg kekal abadi sesudah mati. Allah swt melengkapkan baginda Rasulullah saw dengan sifat SIDDIQ. AMANAH. TABLIGH dan FATANAH untuk membimbing manusia yang bersifat HAMBA , HINA, LEMAH dan BERHAJAT. Tempoh masa yang dilalui oleh Rasulullah saw menjalankan dakwah menyebar risalah tauhid meng'Esa'kan Allah ialah selama lebih kurang 23 tahun sahaja. Kata setengah riwayat ialah selama 22 tahun 2 bulan 22 hari iaitu dikira dari turunnya wahyu pertama (Iqrak) dan disudahi dengan wahyu terakhir iaitu ayat 3 surah al-Maaidah '...pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu dan telah Aku cukupkan nikmatKu bagimu dan telah Aku redai Islam sebagai agamamu'. Tempuh waktu yang dilalui olih baginda Rasululah saw yg hanya 23 tahun itu nampak hanya satu jangka waktu yang pendek apabila dibandingkan dengan usia seseorng yg lumrahnya menjangkau 60-70 tahun. Apa lagi sekiranya tempoh 23 tahun itu dibandingkan dengan usia kehidupan umat manusia di muka bumi ini yang sudah memakan masa ribuan tahun lamanya. Tetapi ingat.....itu lah jadual caturan Allah swt demi Kudrat dan Iradat Nya. Yakinlah.
Melalui ruang tulisan 'aku' yang amat terhad ini, 'aku' tidak akan memperincikan detik perjuangan dan pengorbanan baginda Rasulullah saw. DEMI ALLAH sesungguhnya jasa baginda Rasulullah saw tidak terbalas. Fokus tulisan 'aku' ialah pemikiran ilmiah menghuraikan tunjang ibadat berteraskan Iman dan Taqwa. 'aku' cumalah seorang Hamba Allah, yang amat Hina asal kejadiannya juga akhir perjalanannya nanti yg akan jadi habuan makanan ulat dan cacing dan lain-lainnya ketika bersaorangan dikuburkan didalam tanah. 'aku' terlalu Lemah untuk mendidik diri sendiri akan bagaimanakah untuk hidup dibumi ciptaan Allah saw? 'aku' amat ber Hajat kepada petunjuk dan kompas jalan menuju Allah . Semua ini hanya dgn bimbingan Rasulullah saw yg dipenghujungnya ada Rahmat dari Yang Empunya Segala dan syafaat dari kekasih Nya. Mana mungkin 'aku' mampu menghayati segala yang berlaku selama 23 tahun itu . Apa yang cuba 'aku' lakukan ialah memanfaatkan apa saja ruang yang tersedia dihidangkan oleh Yang Mahapengasih lagi Mahapenyayang dan mengikut serta meniru contoh yang ditinggalkan olih insan yang paling mencintai 'aku' iaitu baginda Rasulullah saw. 'aku' sedar akan kemampuan yang amat terhad ini bukan cuma pada 'aku' sahaja tetapi orang lain juga. Iaitu golongan beriman yang mengiktiraf diri mereka jua adalah hamba Allah. Sacara terang dan jelas Allah swt memberitahu seluruh makhluk yang dijadikan Nya akan ciptaan Nya yang Mahahebat. Perhatikanlah dua (2) ayat ini dari surah Al-Kahf dan surah Luqman. Ayat 109 surah Al-Kahf bermaksud : Katakanlah (Muhammad) ' Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku , meskipun kamu datangkan tambahan sebanyak itu (pula)' . Manakala ayat 27 surah Luqman pula bermaksud:" Dan seandainya pohon-pohon dibumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta) , ditambah kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah (keringnya), nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat-kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Mahaperkasa , Mahabijaksana."
Disebalik kemampuan menjalani usia hidup yang amat terhad ini, Allah swt juga menyediakan ruang terbentang luas untuk meningkatkan darjat kemaqam mulia dan terpuji.Renungilah surah Al-Asr. Renungilah Demi Masa...Manusia dalam kerugian kecuali....
Hakikat 'Masa' insya Allah akan disentuh nanti apabila tiba ruang ke Redha an Nya untuk 'Aku' memperkatakan tentang kehebatan 'masa, penaklukan 'masa' , penggandaan 'masa' yang terlalu amat luas bidang pembicaraan nya kerana 'Masa' itu anugerah percuma dari Allah swt yang tidak ternilai oleh umat manusia. ( Ingatlah... beribadat dimalam 'Kadar' menyamai peribadatan selama 1,000 bulan.....umat Muhammad saw yang berjaya menepati 10 kali beribadat dimalam 'Kadar' adalah telah melakukan ibadat berterusan tanpa henti selama 10,000 bulan atau pun selama 830 tahun). Inilah antara kurniaan Allah swt yang sepatutnya difikirkan agar dapat dimanfaatkan.
Imbas kembali sejarah silam untuk dihayati.
Pada 9 hb Zulhijjah tahun 10 Hijrah, bertempat dilembah Uranah, Gunung Arafah, Nabi Muhammad saw telah menyampaikan ucapan yang dikenali sebagai Khutbah Terakhir.
Demi sesungguhnya , setiap yang bersumberkan dari Nabi Muhammad saw adalah benar dan haq. Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasulullah dan penamat risalah kenabian adalah dengan kehendak Allah swt. Kebangkitan sebagai Rasul pada usia 40 tahun adalah kehendak Allah swt yg Mahamengetahui sejak dari azali lagi. Sesudah diyakini dan di AKU i bahawa Nabi Muhammad saw adalah utusan Allah swt, adalah wajib diyakini jua bahawa segala yang berkaitan dengan kekasih Nya itu tentu pasti sedari awal penciptaan Nya sentiasa terpelihara dan didalam keRedhaan Nya. Tidak wajar malah tidak ada hak bagi yang lain kalau ingin mempertikaikan cara kekasih Nya berpakaian, berkenderaan, menyimpan janggut, berserban, tertib cara makan minum dan lain-lain sebagai fitrah manusia. Allah swt lebih mengetahui segala-galanya , Dia mahukan kekasih Nya seorng yang berbangsa Arab, bercakap bahasa Arab, berpakaian cara orang Arab. Allah swt mahu Nabi dilahirkan dari wilayah tandus dan kering padang pasir, bukannya dari kutub utara atau selatan dan bukan juga dari daerah kita ini semaada tanah Jawa atau pun tanah Jawi. Kudrat dan Iradat Allah swt telah memilih Nabi Muhammad saw dengan mengangkatnya kedarjat pembawa rahmat untuk semesta alam, dunia dan akhirat.
Ya Allah, perkenankanlah kira nya 'Aku' yang kerdil ini, yang menumpang sementara hidup dengan memijak bumi-Mu ini, menghirup udara yang Kau berikan secara percuma, mengorak langkah dengan niat mencari berkah. Dengan berbekalkan pancaindera yang juga kau berikan secara percuma, 'Aku' ingin berbicara sekadar kemampuan, mengajak umat manusia amnya dan umat Islam khasnya agar tidak kufur nikmat. 'Aku' kini mengajak mereka pergi mengembara jauh , meletakkan jiwa dan jasad mereka ke majlis penyampaian 'khutbah terakhir'. Hasrat 'Aku' agar diri-diri mereka itu akan sendirinya menghayati ucapan kekasih Allah Nabi Muhammad saw yang berlaku 1400 yang lalu.